šØāš« Penerangan:
Kursus ini direka untuk individu yang berminat untuk membina aplikasi mudah alih menggunakan Flutter, open source UI toolkit yang popular. Sama ada anda seorang pemula atau mempunyai pengalaman programming, kursus ini akan membimbing anda melalui asas Flutter, Dart programming language dan pembangunan aplikasi.
š Kursus ini merangkumi:
- Bahagian 1: Pengenalan kepada Aplikasi Mudah Alih dengan Flutter
- Bahagian 2: Flutter Layout dan Navigasi
- Bahagian 3: Pengurusan State dalam Flutter
- Bahagian 4: Komponen UI Flutter (Oct 2024)
- Bahagian 5: Pakej dan Plugin Flutter (Akan Datang)
- Bahagian 6: Flutter API & Pengendalian Data (Akan Datang)
- Bahagian 7: Pembangunan Komplex Aplikasi Flutter (Akan Datang)
- Bahagian 8: Penyerahan Aplikasi Flutter ke App Store (Akan Datang)
š Prasyarat:
Pengetahuan asas programming (sebaik-baiknya dalam Object Oriented Programming) disyorkan tetapi tidak diperlukan. Kebiasaan dengan aplikasi mudah alih dan minat yang mendalam dalam pembangunan aplikasi.
š» Bahan yang diperlukan:
- Laptop atau Komputer.
- Android Studio atau Visual Studio Code dengan Flutter SDK dan Dart Plugin.
- Emulator atau Peranti Fizikal untuk testing.
šØāš Kursus Video ini untuk:
- Pelajar yang berminat untuk belajar komputer programming dan pembangunan aplikasi.
- Junior Web Developer yang berminat untuk belajar pembangunan aplikasi mudah alih.
šāāļø Soalan Lazim (FAQ) - Kursus Video Flutter:
š¬: Apa itu Flutter?
Flutter adalah Framework (UI) open-source yang dikembangkan oleh Google. Ia membolehkan developer untuk membuat aplikasi yang cantik dan berprestasi tinggi untuk pelbagai platform seperti iOS, Android, dan web menggunakan satu source code.
š¬: Mengapa saya perlu mempelajari Flutter?
Flutter menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk pembangunan aplikasi yang pantas, UI yang konsisten di pelbagai platform, serta ia adalah alat yang mudah dipelajari bagi pembangun yang baru dan berpengalaman.
š¬: Apakah keperluan asas untuk mengikuti kursus video ini?
Anda hanya memerlukan pengetahuan asas dalam pengaturcaraan dan minat untuk belajar. Kursus ini direka untuk semua peringkat, dari pemula hingga lanjutan.
š¬: Adakah kursus ini sesuai untuk saya yang menggunakan sistem operasi Mac atau Windows?
Ya, kursus ini menyediakan panduan untuk kedua-dua sistem operasi. Terdapat langkah-langkah khusus untuk setup di Mac dan Windows untuk memastikan anda dapat memulakan pembangunan aplikasi Flutter tanpa sebarang masalah.
š¬: Adakah kursus ini percuma atau premium?
Kursus ini adalah premium dan memerlukan pembayaran.
š¬: Apakah kandungan yang akan saya pelajari dalam kursus ini?
Kandungan kursus merangkumi pengenalan kepada Flutter, langkah-langkah setup, sintaks asas Dart, pengenalan kepada Widget dan banyak lagi. Ia dirancang untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang pembangunan aplikasi Flutter dari mula hingga mahir.
š¬: Adakah sokongan disediakan selepas saya menamatkan kursus?
Ya, kami menyediakan sokongan komuniti di mana anda boleh bertanya soalan, berkongsi idea, dan mendapatkan bantuan dari instruktor dan rakan pembangun lain dalam perjalanan pembelajaran anda.
š¬: Bagaimana saya boleh mendaftar untuk kursus ini?
Untuk mendaftar, sila lawati laman web kami dan ikuti arahan pendaftaran yang diberikan. Setelah mendaftar, anda akan mendapat akses kepada semua kandungan kursus secara langsung.
š¬: Berapa lama saya perlu menyiapkan kursus ini?
Tempoh penuh untuk menyiapkan kursus ini berbeza bagi setiap individu bergantung kepada tahap pengetahuan dan komitmen masa. Walau bagaimanapun, ia direka untuk disiapkan dalam beberapa minggu dengan komitmen waktu yang konsisten.
š¬: Adakah kursus ini termasuk projek praktikal?
Ya, kursus ini merangkumi projek-projek praktikal yang membantu anda mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam pembangunan aplikasi sebenar menggunakan Flutter.